HomeBeritaPolitikDulu nampak calon BN pengundi lari, sekarang datang salam - Syed Ibrahim

Dulu nampak calon BN pengundi lari, sekarang datang salam – Syed Ibrahim

SERI KEMBANGAN: ‘Angin’ sokongan pengundi yang dulunya berpihak kepada Pakatan Harapan (PH) melalui gelombang politik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kini sudah beralih kepada Barisan Nasional (BN).

Calon BN Parlimen Puchong, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader berkata, kelihatan perubahan sentimen pengundi kepada BN melalui kempen yang telah dijalankan oleh beliau selaku calon serta pasukan jentera mendapat reaksi positif serta penerimaan tawaran yang dikemukakan oleh BN setelah sesi penerangan yang dilakukan difahami oleh pengundi.

“Setelah saya turun padang melalui sesi walkabout, kelihatan sambutan yang diberikan oleh masyarakat setempat dan pengundi Puchong kepada BN amat baik. Penerangan yang dibuat oleh saya selaku calon dan pasukan jentera apa yang BN boleh bawa kepada mereka sekiranya saya dipilih, mereka memberi reaksi yang positif.

“Ini sangat berbeza tahun 2018 ketika PRU14, apabila mereka nampak sahaja calon BN, pengundi akan lari, kita dapat memahami gelombang politik pada ketika itu. Namun mood dan sentimen pengundi sudah berbeza.

“Hari keempat saya turun berkempen sejak hari penamaan calon pada Sabtu lalu, sambutan dan penerimaan sangat menggalakkan. Mereka cari dan datang salam kepada kita. Ini menunjukkan pengundi di sini khususnya Melayu sudah menerima kita kembali,” katanya kepada MEDIA VARIASI selepas melakukan sesi walkabout di sekitar kawasan Seri Kembangan ketika berkempen.

Jelas calon BN Puchong itu lagi, pengundi di Puchong mula menyedari bahawa BN merupakan parti yang boleh menunaikan janji bagi menyelesaikan isu setempat setelah PH gagal melaksanakannya walaupun telah diberi mandat sejak tahun 2008. 

Author

Pilihan Editor