HomeHiburanElla mahu 'belanja' satu lagu kepada PM ke-10

Ella mahu ‘belanja’ satu lagu kepada PM ke-10

RATU Rock Malaysia, Ella menyatakan hasratnya untuk ‘belanja’ sebuah lagu iaitu ‘Standing In The Eyes Of The World’ kepada Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Perkara itu dinyatakan Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin menerusi ciapan di Twitter rasminya pada Selasa.

https://twitter.com/EllaAminuddin/status/1595056365999124480

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya turut menyukai hasrat Ella yang dilihat kekal relevan dan bersemangat waja.

Malahan, ada sebilangan antara netizen yang sudah bersedia untuk turut mendendangkan lagu itu.

Sehingga jam 12 tengah hari ini, keputusan siapakah bakal menjadi perdana menteri ke-10 masih menjadi tanda tanya.

Namun, pada jam 10 pagi tadi dilaporkan tiga orang pemimpin Barisan Nasional (BN) sudah tiba di Istana Negara  susulan 30 Ahli Parlimen BN dititahkan menghadap Seri Paduka di Istana Negara secara individu.

Tiga pemimpin tersebut ialah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

 

Author

Pilihan Editor