HomeBeritaPolitikAnthony Loke jumpa Abang Jo, mohon maaf kepada kerajaan, rakyat Sarawak

Anthony Loke jumpa Abang Jo, mohon maaf kepada kerajaan, rakyat Sarawak

CYBERJAYA: Pemimpin DAP hari ini mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan dan rakyat Sarawak.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyampaikan perkara tersebut apabila mengunjungi Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg di Kuching, hari ini.

“Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra, saya telah memaklumkan kepada Premier (Abang Johari) bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka.

“Saya berharap pertemuan hari ini akan membuka satu lembaran baharu untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Turut hadir bersama beliau ialah Timbalan Premier Sarawak, Prof. Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Author

Pilihan Editor