HomeSukanEngland, Perancis dan Brazil pasukan pilihan Messi muncul juara Piala Dunia Qatar

England, Perancis dan Brazil pasukan pilihan Messi muncul juara Piala Dunia Qatar

KAPTEN Argentina, Lionel Messi memilih tiga pasukan iaitu England, Perancis dan Brazil untuk menjuarai Piala Dunia Qatar yang bermula 20 November ini.

Menurut Messi, tiga pasukan ini lebih menyerlah berbanding pasukan lain mengikut prestasi semasa namun menjangkakan kejohanan kali ini akan membawa saingan kompetitif membabitkan semua pasukan yang bertanding.

Messi yang akan membuat penampilan kelimanya dalam edisi Piala Dunia sepanjang kerjayanya bersama pasukan Argentina mempunyai misi untuk memenangi kejohanan tersebut sejak kali terakhir pada tahun 1986.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) hampir mendakap piala berprestij tersebut dalam edisi 2014 namun tewas kepada Germany pada perlawanan akhir di Brazil.

Argentina yang diundi dalam kumpulan C akan berdepan dengan cabaran awal di peringkat kumpulan bersama Poland, Mexico dan Arab Saudi.

Perlawanan pertama pasukan di bawah kendalian Lionel Scaloni pada Selasa depan bertemu Saudi Arabia.

Author

Pilihan Editor