HomeSukanEPL: City tumbang di tangan Brentford

EPL: City tumbang di tangan Brentford

PENYERANG, Ivan Toney menjadi wira buat Brentford menerusi jaringan dua gol membantu pasukannya menewaskan juara bertahan, Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris 2022/2023, di Stadium Etihad, malam tadi.

Tandukan Toney pada minit ke-16 meletakkan Brentford di hadapan namun City berjaya menyamakan kedudukan dengan sepakan voli yang padu dari Phil Foden sebelum babak pertama perlawanan berakhir.

Perlawanan di separuh masa kedua, kegagalan skuad Pep Guardiola menembusi benteng pertahanan Brentford pada separuh masa kedua dihukum dengan pasukan pelawat menjaring gol kemenangan oleh Toney di minit kelapan waktu kecederaan.

Aksi memukau Toney dalam perlawanan ini merupakan respons terbaik buat penyerang tersebut yang disisihkan dari tersenarai dalam barisan skuad kebangsaan England untuk kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Kekalahan ini menyaksikan City berada di kedudukan kedua dalam liga yang akan berehat sehingga bulan depan untuk Kejohanan Piala Dunia Qatar dan ketinggalan lima mata di belakang Arsenal yang berjaya mengalahkan Wolves 2-0 dalam perlawanan awal pagi tadi.

Author

Pilihan Editor