HomeSukanEPL: Dua gol Odegaard pastikan The Gunners kekal di puncak liga

EPL: Dua gol Odegaard pastikan The Gunners kekal di puncak liga

KAPTEN Arsenal, Martin Odegaard meledak dua gol untuk mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Wolves dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2022/2023, di Stadium Molineux, pada awal pagi tadi.

Kemenangan ini telah membawa Arsenal berada di kedudukan teratas liga EPL dengan melebarkan jurang kelebihan lima mata setelah Manchester City tewas mengejut di tangan Brentford 2-1 semalam.

Kekalahan mengejut City telah membuka ruang persaingan merebut kejuaraan EPL semakin bertambah sengit dan menarik apabila EPL akan bersambung semula pada Boxing Day Disember depan setelah kejohanan Piala Dunia Qatar berakhir.

Aksi konsisten dan memukau yang ditunjukkan oleh skuad muda The Gunners di bawah bimbingan Mikel Arteta pada musim ini telah memberi sinar harapan buat penyokong Arsenal untuk bersaing memenangi Liga EPL yang kali terakhir Arsenal menjadi juara pada tahun 2003-2004.

Selain itu, Arsenal kini berada di landasan yang tepat untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan sejak tahun 2017 dengan kelebihan 14 mata penghuni kedudukan kelima, Manchester United.

Author

Pilihan Editor