HomeSukanEPL: Dua gol Nunez bantu Liverpool atasi Southampton 3-1

EPL: Dua gol Nunez bantu Liverpool atasi Southampton 3-1

PENYERANG Darwin Nunez, menjaringkan dua gol untuk memberikan kemenangan 3-1 buat Liverpool ketika menentang Southampton pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2022/2023 di Anfield, malam tadi.

Liverpool mendahului perlawanan hasil tandukan Roberto Firmino namun Southampton yang kini dibimbing pengedali baru, Nathan Jones, menyamakan kedudukan menerusi Che Adams.

Nunez menunjukkan ketajamannya di pintu gol dengan meledak pada minit ke-21 dan 42, dengan penyerang dari Uruguay itu sudah merekodkan lima jaringan dalam penampilan musim pertamanya buat The Reds.

Liverpool yang bermain tanpa jurulatih mereka, Jurgen Klopp digantung satu perlawanan kini menduduki tangga keenam liga EPL dengan kutipan 22 mata.

Author

Pilihan Editor