HomeSukanEPL: Newcastle tewaskan Chelsea 1-0, Potter terus tertekan

EPL: Newcastle tewaskan Chelsea 1-0, Potter terus tertekan

NEWCASTLE United meneruskan momentum terbaik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Chelsea di St’ James Park, pada perlawanan semalam.

Gol kemenangan Joe Willock di minit ke-67 telah membawa Newcastle melonjak ke tangga ketiga dengan merapatkan jurang hanya dua mata di belakang Manchester City yang kekurangan jumlah satu perlawanan.

Jentera serangan Chelsea dilihat tumpul pada perlawanan ini dengan hanya melakukan dua percubaan tepat sepanjang perlawanan.

Conor Callagher hampir menjaringkan gol buat pasukan pelawat dinafikan penjaga gol Newcastle Nick Pope.

Percaturan Potter membalas jaringan Willock dengan membawa masuk tiga baki pemain gantiannya iaitu Hakim Ziyech, Marc Cucurella dan Kai Havertz masih tidak mampu menghalang Newcastle mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan.

Chelsea kini mengalami kekalahan tiga perlawanan berturut-turut dibawah pengurus baru, Graham Potter dan menghuni tangga kelapan dalam liga EPL.

Author

Pilihan Editor