HomeBeritaPolitikGambar Toqqi dalam poster calon Bebas disimbah cat

Gambar Toqqi dalam poster calon Bebas disimbah cat

SELAYANG: Gambar Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) atau dikenali sebagai Toqqi dalam poster calon Bebas Parlimen Selayang, disimbat cat.

Kejadian itu dimaklumkan kepada calon Bebas Parlimen Selayang, Muhammad Zaki Omar pagi tadi.

Facebook Gagasan Bebas telah memuat naik kejadian itu dengan kapsyen, “Ada orang sudah goyang dengan calon Bebas”.

Muhammad Zaki ketika dihubungi MEDIA VARIASI berkata, beliau akan membuat laporan polis mengenai kejadian ini.

“Poster berkenaan ditempatkan di depan Masjid Bandar Tasik Puteri.

“Pemerhatian saya mendapati sambutan kepada calon Bebas semasa berkempen memang meningkat, follower FB dan TikTok pun naik banyak, 5,000 pengikut dalam dua hari.

“Mungkin sebab sambutan semakin meningkat, ada yang panas dan marah,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Tambah beliau, pada Isnin lalu jam 2 petang, dihubungi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung aduan mengenai gambar Toqqi yang dikatakan diletakkan secara salah.

“SPR kata billboard perlu diturunkan tetapi saya masih mahu berbincang terlebih dahulu kerana tiada aduan sepanjang minggu lalu mengenai perkara ini, ” katanya.

Author

Pilihan Editor