HomeBeritaPolitikIsmail Sabri dilihat tiba di Hotel St Regis

Ismail Sabri dilihat tiba di Hotel St Regis

KUALA LUMPUR: Pertemuan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Hotel St Regis menjadi tumpuan pihak media pada Rabu.

Presiden Gerakan iaitu parti komponen PN, Datuk Dr Dominic Lau dilihat memasuki hotel berkenaan sekitar jam 2.40 petang, sementara Naib Presiden UMNO iaitu parti komponen BN, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula sekitar jam 3 petang.

Menurut sumber dalaman, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan akan bertemu beberapa pemimpin politik daripada BN di hotel itu.

Sumber maklumat menyatakan pertemuan itu supaya pemimpin BN dapat mendengar cadangan daripada PN mengenai kerajaan perpaduan.

Author

Pilihan Editor