HomeBeritaIsu Madrasah: Peguambela terkejut fail pendakwaan belum diterima

Isu Madrasah: Peguambela terkejut fail pendakwaan belum diterima

SHAH ALAM: Dua bulan lalu, seorang ibu kepada bekas pelatih sebuah madrasah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membuat laporan palsu, bahawa anaknya dikurung secara salah dan didera oleh pihak madrasah.

Zuraina Zamri, 45, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali pada 26 September lalu.

Namun, keanehan berlaku pada hari ini yang sewajarnya sebutan kes apabila dokumen pendakwaan belum diterima pihak pembelaan.

Peguambela mewakili Zuraina, Datuk Haniff Hashim dari firma Tetuan Haniff & Co berkata, hari ini sewajarnya sebutan kes di mana telah ditangguhkan atas permintaan peguam sehari lewat yang sepatutnya berlangsung semalam.

“Yang mana pada hari ini Timbalan Pendakwa Raya (DPP) sewajarnya telah bersedia dan perlu memberi dokumen yang digunakan dalam perbicaraan, namun dokumen itu belum tiba di mahkamah hari ini.

“Difahamkan fail itu berada di ibu pejabat DPP ( HQ). Mungkin ada pihak yang sedang merujuk kes ini kepada DPP yang menyebabkan fail terbabit masih berada di HQ.

“Jadi sebutan ini ditetapkan semula pada 11 Januari 2023, selepas kita dapat dokumen, kita akan masukkan satu representasi untuk DPP kaji semula pertuduhan kes ini, kita akan bawa kepada Peguam Negara.

“Jadi apa yang kita boleh buat adalah kita mohon fail itu lebih awal agar pihak anak guam tahu apa pertuduhan ke atasnya sebelum proses representasi boleh dilakukan, ” katanya kepada media.

Haniff dan Syaheera

Turut hadir, peguambela dari firma Tetuan Haniif & Co, Syaheera Rosli.

Pertuduhan terhadap surirumah berkenaan mula tular selepas usahanya menyelamatkan anaknya di madrasah berkenaan pada Ogos lalu, dibuat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bekas pelatih berkenaan telah membuat dua laporan polis masing-masing pada 23 Ogos dan 25 September, mendakwa dia dikurung secara salah dan diseksa.

Sementara itu, Zuraina berharap agar keadilan dapat ditegakkan dan segala urusan ke arah itu dipermudahkan Allah SWT.

Author

Pilihan Editor