HomeHiburanJanna Nick, Dini Schatzmann dah berpisah?

Janna Nick, Dini Schatzmann dah berpisah?

 

CYBERJAYA: Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi, Janna Nick, memuat naik satu hantaran di Instagram seolah-olah memberi gambaran hubungan cintanya telah berakhir.

Menjadi persoalan apabila kesemua fotonya bersama teman lelakinya, Dini Schatzmann di ruangan Instagram Janna turut dilihat sudah tiada.

Malahan, dalam senarai followers Janna juga tidak lagi terlihat nama Dini.

Bagaimanapun, melihat di ruangan Instagram Dini, aktor terbabit masih lagi mengikuti Instagram Janna dan belum membuat sebarang penjelasan.

Gambar-gambar mereka juga masih ada dan belum dibuang seperti dilakukan Janna Nick.

Sebelum ini, penyanyi yang popular dengan lagu berjudul ‘Gatal’ itu memuat naik sebuah video di TikTok dengan memberi bayangan bahawa status terkini dirinya adalah ‘single’.

Untuk rekod, Janna dan Dini dilaporkan sudah menjalin hubungan cinta hampir tiga tahun dan setiap memori diraikan bersama pasti akan dikongsikan di media sosial.

Author

Pilihan Editor