HomeBeritaPolitikJangan fitnah orang di pentas politik, bawa ke mahkamah - KJ

Jangan fitnah orang di pentas politik, bawa ke mahkamah – KJ

PUNCAK ALAM: Calon Barisan Nasional (BN) di Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin menasihati golongan politik jangan memfitnah, menuduh orang lain di pentas politik.

Sebaliknya, beliau mencadangkan semua fitnah, tuduhan itu dibawa ke mahkamah.

“Ceramah asyik kutuk orang, fitnah orang, orang ini Komunis, orang sana Taliban, orang itu LGBT, saya hendak tanya apa kebaikannya untuk rakyat?

“Jika hendak tuduh, siasat bawa ke mahkamah bukannya sewenang-wenangnya tuduh orang di atas pentas politik.

“Saya seru semua tolak politik kebencian, politik fitnah, keluar Sabtu ini dan mengundi bawa gelombang baharu untuk anak muda.

“Orang muda bukan mahu dengar kebencian tetapi mereka mahu penyelesaian,” katanya ketika ditanya salah seorang pelajar mengenai kekeliruan mereka untuk memilih parti mana terbaik kerana masing-masing memiliki ideologi sendiri.

Beliau berkata demikian dalam program anjuran Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) iaitu “Selangkah ke Menara Gading & Townhall Ikon Malaysia bersama Khairy Jamaluddin” dengan 600 pelajar di Universiti Teknologi MARA Puncak Alam, di sini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Prihatin, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali dan Tokoh Pendidikan Negara, Prof Emeritus Tan Sri Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Majlis turut menghargai jasa Azraa Adeline Azman Mohd Azamanizam, pelajar SMK Saujana Utama, Sungai Buloh merangkul Pingat Perak dalam acara Blitz dan Perak dalam acara Classical kategori bawah 14 tahun Perempuan Berpasukan.

Author

Pilihan Editor