HomeBeritaKalah 'total' PRU15, Pejuang hanya mampu lihat arah pemerintahan pemenang

Kalah ‘total’ PRU15, Pejuang hanya mampu lihat arah pemerintahan pemenang

CYBERJAYA: Susulan kekalahan semua kerusi Gerakan Tanah Air (GTA) yang bertanding atas logo Pejuang Tanahair (Pejuang) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), parti itu cuma mampu menjadi pemerhati arah pemerintahan baharu pemenangnya.

Pengerusi Penaja Pejuang dan GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun sedih dengan kekalahan itu, beliau menerima pilihan rakyat itu dan berharap pihak yang menang akan mendirikan kerajaan Malaysia.

“Oleh kerana Pejuang kalah semua 125 kawasan yang dipertandingkan, Pejuang tidak pun dapat menjadi pembangkang dalam dewan. Segala perancangan Pejuang untuk negara terpaksalah digugurkan.

“Yang boleh dilakukan Pejuang ialah melihat arah pemerintahan pihak yang menang. Pejuang berdoa siapa juga yang menjadi kerajaan Malaysia akan dapat pulihkan segala masalah yang akan dihadapi negara.

“Saya sendiri akan tumpu kepada penulisan berkenaan dengan sejarah dan aktiviti dalam negara. Sesungguhnya banyak peristiwa yang berlaku dalam negara belum pun direkod, termasuk apa yang berlaku di zaman British,” kata Mahathir dalam kenyataan pada Rabu.

Author

Pilihan Editor