HomeBeritaPolitikZahid Hamidi sah hantar surat sokong Anwar Ibrahim - Presiden MIC

Zahid Hamidi sah hantar surat sokong Anwar Ibrahim – Presiden MIC

CYBERJAYA: Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disahkan telah menghantar surat sokongan Ahli Parlimen BN supaya Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, kepada Istana Negara.

Perkara tersebut disahkan Presiden MIC, SA Vigneswaran seperti yang dilaporkan Malaysiakini pada Rabu.

Menurut Vigneswaran, Zahid mengaku menghantar surat tersebut selepas 10 Ahli Parlimen BN menarik balik sokongan supaya Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.

“Beliau mengaku menghantar surat itu selepas 10 Ahli Parlimen BN menarik balik sokongan mereka kepada Muhyiddin dan BN membuat keputusan untuk kekal berkecuali,” katanya.

Untuk rekod, satu surat daripada Zahid kepada Istana Negara yang menyatakan 30 Ahli Parlimen BN memberi sokongan kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri telah tular di media sosial baru-baru ini.

Pada Rabu petang juga, media melaporkan berlaku satu pertemuan di antara pemimpin BN dan PN di Hotel St Regis, Kuala Lumpur yang dikatakan akan membincangkan mengenai cadangan PN kepada BN.

Author

Pilihan Editor