HomeBeritaPolitikKetua Pemuda UMNO Ranau sokong kepimpinan Ahmad Zahid

Ketua Pemuda UMNO Ranau sokong kepimpinan Ahmad Zahid

RANAU: Ketua Pemuda UMNO Ranau, Vennex Jasmin @miki memberi sokongan kepada kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berhadapan tentangan daripada ahli sendiri.

Beliau berkata, ciri kepimpinan Ahmad Zahid terserlah kerana keberanian beliau, tegas atas hala tuju untuk membawa UMNO dan BN ke satu politik Malaysia baharu.

“Ketegasan dan keberanian beliau sebagai Presiden UMNO inilah punca BN masih bertahan dan menang dalam dua Pilihan Raya Negeri dan tujuh Pilihan Raya Kecil walaupun BN tumbang tahun 2018.

“Beliau berani membuat keputusan biarpun ramai yang cuba beri tekanan untuk letak jawatan dan berundur daripada jawatannya.

“Ini satu hasutan dan pengkhianat sebenar UMNO dari dalam,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Tambahnya, beliau menyokong penuh Ahmad Zahid tidak meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO sehingga pemilihan parti yang akan datang.

“Saya percaya dengan langkah berani Ahmad Zahid, UMNO akan memberi ruang baru kepada bangsa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

“Bagi Sabah yang mempunyai satu jawatan TPM maka sudah tentu ini memberi ruang yang luas bagi Sabah dan Sarawak menuntut apa terkandung dalam MA63,” katanya.

 

Author

Pilihan Editor