HomeBeritaViralLelaki ini ingatkan 'fresh graduate' perkara penting dalam dunia pekerjaan

Lelaki ini ingatkan ‘fresh graduate’ perkara penting dalam dunia pekerjaan

CYBERJAYA: Baru-baru ini isu mengenai pekerja ditindas majikan mula hangat dibicarakan dalam media sosial.

Malahan, rata-rata yang bersuara tentang isu ini terdiri daripada anak muda yang beranggapan majikan tidak adil terhadap hak mereka.

Rentetan itu, seorang pemuda memuat naik beberapa panduan khas buat ‘pemburu kerja’ khususnya anak muda yang baru sahaja menamatkan pengajian di universiti.

Menurut Nur Azim Syukri Hamzah yang bekerja sebagai Talent Acquisition Specialist di sebuah syarikat agensi pekerjaan, jika seseorang itu telah diterima kerja oleh sesebuah syarikat, dia perlu memastikan pihak syarikat memberi surat tawaran terlebih dahulu.

Jelasnya, surat tawaran itu amat penting dan perlu disemak dengan teliti bagi memastikan segala butiran yang ditulis itu tidak bercanggah dengan hak seorang pekerja.

“Surat tawaran kerja adalah penting bagi seorang pekerja yang bekerja di sesebuah syarikat kerana ia merupakan bukti bertulis rasmi daripada pihak majikan.

“Selain itu, surat tawaran kerja juga penting bagi menjamin pekerja itu untuk mendapat perlindungan oleh pihak majikan ataupun kerajaan (EPF, SOCSO),” tulisnya menerusi hantaran di Linkedin.

Tambah Azim, jika seseorang itu sudah mula bekerja namun masih belum menerima surat tawaran, individu berkenaan berhak untuk tidak melaporkan diri di syarikat tersebut.

“Dah mintak pun tetap pihak syarikat tak bagi? Jika masih gagal menerima surat tawaran rasmi tersebut, pihak pekerja mempunyai hak untuk tidak meneruskan kerja.

“Jika pekerja tersebut telah mendapat tawaran melalui email, surat bertulis, Whatsapp atau sebagainya, mereka berhak untuk menyuarakan perkara tersebut di Jabatan Tenaga Kerja / Jabatan Buruh (Labour Department),” katanya.

 

Berikut merupakan senarai butiran yang perlu ada dalam surat tawaran:

1 – Nama penuh

2 – Tarikh permulaan bekerja (optional)

3 – Jawatan yang ditawarkan

4 – Jumlah gaji

5 – Nama dan jawatan penyelia

6 – Jumlah manfaat seperti Cuti Tahunan (Annual Leave), Cuti Sakit (Medical Leave), Cuti Kemasukan Hospital (Hospitalisation Leave), Polisi insurans (Insurance Policy)

7 – Jumlah caruman EPF & SOCSO oleh pekerja & majikan

8 – Waktu dan lokasi bekerja

9 – Manfaat perubatan (Medical Entitlement)

10 – Tempoh percubaan bekerja (Probation Period)

11 – Tempoh peletakan jawatan (Notice period)

12 – Dicetak didalam kepala surat syarikat (printed in company Letterhead)

13 – Tandatangan persetujuan oleh pihak majikan dan penerimaan oleh pekerja

Author

Pilihan Editor