HomeBeritaMB umum Selangor cuti umum 18 November sempena PRU15

MB umum Selangor cuti umum 18 November sempena PRU15

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan 18 November sebagai cuti umum negeri sempena hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media di Bangunan SUK Selangor pada Rabu.

Menurut beliau, selain untuk menggalakkan rakyat mengundi, cuti itu adalah untuk memberi peluang kepada warga negeri lain yang bekerja di Selangor turut pulang mengundi.

“Berikutan pendaftaran secara automatik serta penurunan had umur pengundi, negeri Selangor mempunyai bilangan pengundi paling ramat di seluruh Malaysia iaitu sebanyak 3,677,848.

“Terdapat juga jumlah besar warga Malaysia yang bekerja dan bermastautin di negeri Selangor tetapi mengundi di kampung halaman mereka bertempat di negeri lain.

“Oleh yang demikian, kerajaan negeri Selangor memutuskan secara amnya untuk memberikan cuti umum sehari sebelum PRU15, iaitu pada Jumaat, 18 November 2022,” katanya.

Beliau juga berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan 18 November sebagai cuti umum di seluruh negara untuk semua rakyat Malaysia bagi memudahkan mereka mengundi pada 19 November nanti.

Author

Pilihan Editor