HomeGlobalYouTuber China 'DIY' iPhone jadi peranti boleh lipat

YouTuber China ‘DIY’ iPhone jadi peranti boleh lipat

 

CYBERJAYA: Mungkin sebelum ini wujud desas-desus mengatakan pihak Apple dalam usaha menghasilkan prototaip iPhone boleh lipat namun sehingga kini masih belum ketahui perkembangannya.

Namun, siapa sangka seorang YouTuber di China telah menghasilkan iPhone boleh lipat menggunakan gabungan komponen dalaman iPhone bersama kerangka boleh lipat Motorola Razr.

Proses inovasi itu boleh dilihat menerusi video yang dimuat naik oleh Technological Aesthetics (科技美学)di laman YouTube rasminya.

Dalam video berkenaan, dipaparkan proses yang dilalui untuk menanggalkan komponen pada kedua-dua peranti sehingga menjadi sebuah peranti boleh lipat.

Kesemua komponen dalaman iPhone X telah dialih keluar dan digabungkan semula untuk dimuatkan di dalam kerangka Motorola Razr.

Meskipun panduan memfokuskan kepada iPhone X, beberapa komponen model iPhone yang lain juga turut digunakan dalam penghasilan iPhone boleh lipat tersebut.

Peranti boleh lipat itu diberi nama “iPhone V” dan kekal berfungsi menggunakan sistem iOS serta paparan yang boleh dilipat kepada dua, lapor portal teknologi, Wiser.

Anda boleh menonton video proses DIY peranti itu di sini, https://youtu.be/k1DxL-vyjfs

 

Author

Pilihan Editor