HomeBeritaPolitikMuhyiddin nafi beri Takiyuddin mandat berunding dengan BN

Muhyiddin nafi beri Takiyuddin mandat berunding dengan BN

CYBERJAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan memberikan mandat untuk Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berunding dengan Barisan Nasional (BN).

Terdahulu, Takiyuddin berkata pada Isnin bahawa PN yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain, terutama BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Muhyiddin menafikan mengenai perbincangan penggabungan kerajaan di antara PN dan BN untuk PRU15 itu menerusi kenyataan di Twitternya pada Selasa.

“Tujuan PN bertanding dalam PRU15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau Pakatan Harapan (PH).

“Saya sebagai Pengerusi PN tidak pernah memberi mandat kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk berunding dengan BN bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU15.

“Saya berdoa dengan izin Allah dan sokongan padu rakyat, PN akan memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri-negeri yang terlibat dalam PRU15,” katanya.

Author

Pilihan Editor