HomeBeritaViralNasi campur penuh lauk sekali teh ais 'murah gila' di Kelantan

Nasi campur penuh lauk sekali teh ais ‘murah gila’ di Kelantan

CYBERJAYA: Kenaikan harga barang ekoran keadaan ekonomi semasa nyata memberi kesan terhadap rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan B40.

Perkara itu membuat sebilangan netizen mula berbicara tentang isu kos sara hidup yang dialami mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Menjengah di sebuah grup Facebook ‘B40 Buat Perangai Apa Harini’, isu mengenai kos makan sehari bagi rakyat marhaen nyata menjadi perhatian apabila salah seorang ahli grup itu memuat naik gambar makanannya dengan kapsyen ‘Syukur tinggal di Kelantan. Total RM6 termasuk teh o ais’.

Paparan sepinggan nasi putih yang penuh dengan aneka lauk-pauk seperti ayam goreng, sambal sotong dan sayur campur itu seolah-olah dilihat tidak masuk akal dengan harganya kerana dikatakan terlalu murah dalam keadaan ekonomi masa kini.

Tinjauan di ruangan komen menarik perhatian apabila ada sebilangan warga maya yang berseloroh mengatakan, nasi campur dan teh ais yang berharga RM6 itu boleh didapati di Kelantan jika seseorang itu boleh berbicara fasih dalam loghat negeri Cik Siti Wan Kembang.

Dalam pada itu, ada juga yang bersetuju bahawa Kelantan sememangnya sebuah negeri yang masih menawarkan harga jualan murah dan berpatutan.

 

 

Author

Pilihan Editor