HomeBeritaPemimpin BN, GPS selesai menghadap Agong

Pemimpin BN, GPS selesai menghadap Agong

KUALA LUMPUR: Pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) dan wakil pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilihat telah meninggalkan Istana Negara setelah selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

BN diwakili tiga pemimpin kanannya iaitu Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohammad Hasan; serta Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang mula memasuki Istana Negara melalui Pintu 2 pada jam 10:40 pagi dan meninggalkan Istana Negara melalui Pintu 2 sekitar jam 11:23 pagi.

Sementara itu, GPS pula terdiri daripada Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi tiba di Pintu 2 Istana Negara pada jam 11 pagi dan meninggalkan Istana Negara pada jam 11:56 pagi.

Semua pemimpin tersebut sama ada BN dan GPS tidak memberhentikan kenderaan serta memberi sebarang kenyataan kepada media.

Tinjauan MEDIA VARIASI mendapati seramai 27 lagi Ahli Parlimen BN masih lagi tidak kelihatan tiba di Istana Negara.

 

Author

Pilihan Editor