HomeBeritaViralPengguna Instagram 'meroyan' akaun tak boleh akses, hilang banyak followers

Pengguna Instagram ‘meroyan’ akaun tak boleh akses, hilang banyak followers

 

CYBERJAYA: Mimpi ngeri buat sebilangan pengguna aplikasi Instagram apabila mendapati jumlah pengikut mereka di platform berkenaan tiba-tiba berkurangan dengan banyak.

Perkara itu tercetus susulan Instagram tiba-tiba menggantung segelintir akaun pengguna tanpa sebab.

Templat mesej yang diterima mengatakan akaun digantung dan pengguna perlu memberikan notis membantah penggantungan.

Ekoran isu tersebut yang berlaku malam tadi, rata-rata netizen meluahkan ketidakpuasan hati mereka di laman Twitter.

Pihak Instagram telahpun mengesahkan mereka menyedari akan isu yang melanda jutaan pengguna dan memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

Susulan itu, rata-rata akaun Instagram yang disekat kini boleh diakses semula.

Namun, masih ada sebilangan pengguna yang gusar atas isu yang menimpa kerana tidak mahu kehilangan kesemua foto dan video yang disimpan menerusi platform berkenaan.

https://twitter.com/AhmadAfiqAffand/status/1587111030198800385

Author

Pilihan Editor