HomeBeritaPertingkatkan sistem perparitan di Puchong Permai, tangani isu banjir

Pertingkatkan sistem perparitan di Puchong Permai, tangani isu banjir

 

SERI SERDANG: Jika di Desa Serdang rakyat mengeluh soal kesesakan lalu lintas yang masih tiada penyelesaiannya, di Puchong Permai pula rakyat berdepan dengan masalah dinaiki air akibat pembangunan saban hari.

Menurut seorang penduduk di Permai Villa, Hidayah Hussein, jumlah penduduk di kawasan berkenaan semakin hari semakin bertambah seiring dengan pembangunan yang mula dibina ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Namun, menjadi permasalahan apabila sistem perparitan serta jalan raya di sekitar kawasan Puchong itu tidak dipertingkatkan.

“Saya duduk sini dari kecil jadi saya nampak bila naik tempat baru (bangunan dibina), jalan raya tak sekali maksudnya macam perubahan itu tak seiring.

“Saya perhatikan bila sistem perparitan tak cukup besar untuk tampung air hujan itu yang buatkan banyak kawasan dinaiki air, banjir apabila hujan terlalu lebat.

“Patutnya kena peka isu ini bukan bila tiba musim hujan baru nak bersedia minta rakyat prepare everything. Walhal sistem itu patut diambil kira sebab setiap tahun berlaku. Kalau boleh tambah baik sistem perparitan dekat sinilah,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Ketika ditanya mengenai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Puchong, Hidayah menyatakan selaku rakyat Malaysia di kawasan berkenaan, dirinya cuma berharap calon yang memenangi dapat melakukan yang terbaik buat warga setempat.

“Harap dapat beri yang terbaik untuk penduduk. Faham benda itu memang bukan terus hari ini janji esok terus tunaikan, faham ada tempoh.

“Walaupun tak dapat full tunaikan segala yang dijanji, tapi at least ada progress lah.

“Jangan macam bagi rakyat tertipu,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor