HomeBeritaPRU15: Amirudin Shari, isteri selesai mengundi di SJK (C) Selayang Baru

PRU15: Amirudin Shari, isteri selesai mengundi di SJK (C) Selayang Baru

SELAYANG: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi ‘kerusi panas’ Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari selesai mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (C), di sini, pagi tadi,

Turut bersama beliau menunaikan tanggungjawab di pusat mengundi yang terletak di bawah Parlimen Selayang itu adalah isterinya, Datin Seri Masdiana Muhamad.

Kedua-duanya tiba kira-kira pukul 9:5 pagi dan mula membuang undi sekitar pukul 10:02 pagi.

Amirudin yang ditemui di luar pekarangan pusat mengundi memaklumkan proses pengundian berjalan dengan lancar meskipun cuaca tidak menentu.

“Selepas saya selesai mengundi di sini, walaupun saya melihat cuaca tidak begitu baik di awal pagi tetapi saya dapat melihat begitu ramai orang keluar mengundi di pusat-pusat mengundi, baik di Selayang mahupun di kawasan Gombak,

“Saya berharap kadar peratusan keluar mengundi akan tinggi dapat direkodkan di negeri Selangor meskipun cuaca dilihat tidak begitu baik di mana masih terdapat tanda-tanda hujan akan turun lagi.

“Justeru, kepada pengundi di negeri Selangor yang belum keluar, sila tunaikan tanggungjawab anda, demi masa depan kita bersama dan pilihla calon yang menawarkan tawaran yang baik serta mampu untuk negara,” katanya kepada media di sini pada Sabtu.

Kerusi Parlimen Selayang menyaksikan persaingan lima penjuru membabitkan penyandang, William Leong (PH) yang mendapat tentangan Wun Hoong (BN), Datuk Abdul Rashid Asari (PN), Sallehudin Amiruddin (Pejuang) dan Muhammad Zaki Omar (Bebas).

Author

Pilihan Editor