HomeBeritaViralSaya minta maaf - Anwar Ibrahim

Saya minta maaf – Anwar Ibrahim

CYBERJAYA: Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang terpaksa tunggu di luar majlis kesyukuran anjuran pihaknya semalam atas faktor kekurangan ruang tempat makan.

Menerusi satu hantaran di Twitter, beliau turut menzahirkan rasa terharu kerana majlis kesyukuran yang diadakan di Sungai Long, Selangor itu nyata mendapat sambutan menggalakkan.

“Saya terharu-saya minta maaf kerana tak sempat menyediakan tempat makan dan ruang yang cukup untuk teman-teman yang tunggu saya di luar.

“Kita jumpa lagi nanti ya. Maaf,” tulisnya ringkas di Twitter hari ini.

Semalam, tular sebuah video memaparkan suasana majlis kesyukuran yang dianjurkan Anwar sempena pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10 dikunjungi ramai pihak dari pelbagai bangsa dan agama.

Malahan, keramaian itu menyebabkan sebilangan pengunjung terpaksa menunggu di luar kawasan majlis kerana terlalu padat.

Bagaimanapun, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilihat masih meluangkan waktu beramah mesra dengan pengunjung yang berada di luar pagar dan menghargai kehadiran mereka.

Author

Pilihan Editor