HomePendidikanSelangor agih RM12.5 juta kepada 501 sekolah demi keselesaan pelajar

Selangor agih RM12.5 juta kepada 501 sekolah demi keselesaan pelajar

CYBERJAYA: Sebanyak RM12.5 juta diagihkan Kerajaan Negeri Selangor kepada 501 sekolah di negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peruntukan itu bertujuan untuk menambah baik infrastruktur dan fasiliti demi keselesaan pelajar dalam menuntut ilmu.

Agihan berkenaan diberi menerusi inisiatif Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2022.

“Daripada 501 buah sekolah tersebut, pecahan penerima adalah 381 sekolah agama rakyat dan 120 sekolah kebangsaan serta sekolah menengah kebangsaan.

“Bantuan ini merangkumi pemberian kepada sekolah kerajaan dan swasta di Selangor.

“Bantuan yang diserahkan adalah sebahagian daripada keseluruhan peruntukan RM26.5 juta yang diagih kepada 742 sekolah tahun ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Tambah Ahli Parlimen Gombak itu, bantuan yang sama turut diagihkan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT), sekolah mubaligh serta sekolah menengah persendirian cina pada Mei lalu.

Jelasnya, inisiatif berkenaan merupakan sebahagian bukti Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Harapan yang sentiasa mengutamakan agenda pendidikan demi masa hadapan anak-anak di Selangor.

Author

Pilihan Editor