HomeBeritaSyed Ibrahim tinjau mangsa banjir kilat Kampung Seri Aman

Syed Ibrahim tinjau mangsa banjir kilat Kampung Seri Aman

PUCHONG: Calon BN Parlimen Puchong, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader turun padang membuat tinjauan ke atas mangsa banjir kilat di Kampung Seri Aman pada Khamis pagi.

Tinjauan beliau itu adalah untuk mengumpul maklumat dan membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan itu.

Susulan hujan lebat dan ribut petir yang berlaku pada malam tadi, beberapa kawasan di Selangor terkesan dengan banjir diantaranya ialah Puchong.

Syed Ibrahim juga membuat tinjauan ke lokasi punca air tersekat yang menyebabkan banjir kilat di Kampung Seri Aman.

Author

Pilihan Editor