HomeBeritaPolitikTumpuan di Menara Dato’ Onn, pemimpin UMNO mula bermesyuarat

Tumpuan di Menara Dato’ Onn, pemimpin UMNO mula bermesyuarat

KUALA LUMPUR: Ibu pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn terus menjadi tumpuan hari ini dengan pemimpin-pemimpin UMNO telah tiba bagi mengadakan mesyuarat Biro Politik parti berkenaan susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Sumali Reduan; Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin antara pemimpin yang dilihat telah memasuki pintu utama menara tersebut bagi menghadiri mesyuarat.

Pada ketika ini, Mesyuarat Khas Biro Politik UMNO sedang berlangsung membabitkan semua Pengerusi Perhubungan Negeri bertempat di Aras 38 Menara Dato Onn.

Seterusnya, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan menyusul pada jam 3 petang, di Aras 39 mengikut jadual yang diterima pihak media.

Agenda mesyuarat dijangka melibatkan keputusan PRU15 yang menyaksikan kekalahan paling teruk dalam sejarah parti BN serta kemungkinan untuk mengwujudkan kerjasama dengan parti lain bagi membentuk kerajaan baru.

Author

Pilihan Editor