HomeBeritaPolitikTun M, tokoh pemimpin dunia ucap tahniah kepada PM ke-10

Tun M, tokoh pemimpin dunia ucap tahniah kepada PM ke-10

CYBERJAYA: Usainya istiadat angkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 pada petang semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihujani ucapan tahniah daripada kalangan pemimpin dan tokoh terkemuka dunia.

Antara yang terawal menzahirkan ucapan tersebut adalah Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang membuat panggilan telefon kepada Anwar.

Malahan, Anwar turut berkongsi perkembangan itu di Facebook, dengan menggambarkan hubungan Malaysia dan Indonesia sebagai sahabat sejati yang terjalin sejak sekian lama.

Sementara itu di Malaysia, Pengerusi Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohammad pagi ini turut menzahirkan ucapan tahniah terhadap Perdana Menteri ke-10 itu.

“Saya ucap tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

“Selamat maju jaya,” tulisnya ringkas di Facebook.

Meninjau ruangan Twitter, rata-rata pemimpin-pemimpin dunia turut mengucapkan tahniah kepada Anwar menerusi platform berkenaan.

Antaranya Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese; Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony J Blinken.

 

 

 

Author

Pilihan Editor