HomeBeritaPolitikVigneswaran mahu kembalikan kegemilangan Sungai Siput

Vigneswaran mahu kembalikan kegemilangan Sungai Siput

SUNGAI SIPUT: Calon BN di Parlimen Sungai Siput, Tan Sri S A Vigneswaran dijangka mampu mengembalikan kegemilangan dan pembaharuan di Parlimen itu jika menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Presiden MIC ini dilihat lebih bersih daripada kontroversi berbanding penyandang Parlimen itu dari PKR, S Kesavan yang pernah terpalit dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang pernah bertugas dengan PKR Cabang Sungai Siput.

Vigneswaran, 57, akan menentang penyandang kerusi itu, Kesavan, 47, Datuk Seri G. Irudianathan, 56, calon mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Ahmad Fauzi Mohd Jaafar, 49, daripada parti Pejuang.

Mengikut rekod tradisinya Sungai Siput ditanding Presiden MIC dari zaman mendiang Tun V T Sambathan seterusnya Tun S Samy Vellu.

Beliau sudah sedia maklum perlu menyediakan pelan cadangan bagi menangani isu banjir kilat seperti di Taman Kledang Fasa II, Kampung Che Zainal, dan Kampung Muhibbah serta persediaan jika berlaku lagi tanah runtuh di penempatan masyarakat Orang Asli Pos Yum.

Penduduk Sungai Siput pastinya bertuah jika panglima perang BN ini memenangi PRU15 nanti kerana beliau memiliki dedikasi jitu melakukan perubahan sebagaimana mantan presidennya.

Walaupun berlaku sedikit polemik apabila seluruh pimpinan MIC tidak hadir ketika nama calon diumumkan pucuk pimpinan BN, namun beliau bijak memberi jawapan kepada media bahawa ia isu keluarga yang tidak perlu dihebahkan.

Beliau menyeru semua pucuk pimpinan dan bahagian MIC di seluruh negara supaya memberi sokongan penuh bukan sahaja kepada calon parti itu tetapi semua parti komponen BN yang bertanding.

 

Author

Pilihan Editor