HomeBeritaYeo Bee Yin nafi pencalonannya di Puchong mempunyai konflik kepentingan

Yeo Bee Yin nafi pencalonannya di Puchong mempunyai konflik kepentingan

CYBERJAYA: Calon PH Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin menafikan dakwaan Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) bahawa pencalonannya di Puchong mempunyai konflik berkepentingan.

Terdahulu, C4 mendakwa itu kerana kaitan Yeo dengan Kumpulan IOI yang mempunyai kepentingan dalam kawasan tanah besar di seluruh kawasan Parlimen Puchong iaitu hartanah pelaburan utamanya.

Memetik laporan FMT, Yeo berkata tiada satu pun kawasan seperti yang dinyatakan C4 itu berada dalam DUN Puchong.

Beliau berkata bangunan seperti IOI Mall Puchong, IOI Boulevard Puchong dan Sheraton Puchong adalah di bawah kawasan pilihan raya Subang, yang ditandingi bekas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen.

“C4 harus menyemak faktanya. Ketahui lokasi sebenar di kawasan saya dan jangan terpedaya dengan nama itu. Kawasan itu bukan dalam Parlimen Puchong. Kawasan Puchong tidak termasuk kawasan tertentu di Puchong.

“Terdapat banyak lagi kerusi parlimen seumpama itu di Malaysia di mana nama kerusi itu tidak menggambarkan kawasan sebenar,” kata Yeo pada Ahad.

Menurutnya, beliau tidak dalam mempunyai autoriti untuk menjawab dakwaan tidak tepat itu jika C4 hanya menyamakan nama Puchong dengan kawasannya.

“Saya rasa perkara terbaik ialah mereka mencari kawasan yang betul terlebih dahulu dan mengeluarkan semula kenyataan itu selepas menyemak fakta.

“Jika mereka masih mengatakan terdapat konflik kepentingan, pihak kami akan mengeluarkan kenyataan kemudian,” katanya lagi.

Jelas Yeo, kerusi Parlimen Puchong merangkumi kerusi DUN Seri Kembangan dan Seri Serdang, dan beliau tidak pasti sama ada Kumpulan IOI mempunyai lot tanah di kawasan itu.

Tambahnya, sebagai ahli Parlimen, beliau tidak akan mempunyai kuasa untuk memutuskan perkara tanah kerana ini adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan majlis tempatan.

Bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu berkata, ahli Parlimen tidak mempunyai kuasa eksekutif dan ini terhad kepada meluluskan undang-undang di Parlimen.

Author

Pilihan Editor