HomeBeritaPolitikPRU15: Tun M akan ‘demam’ jika saya jadi PM – Anwar

PRU15: Tun M akan ‘demam’ jika saya jadi PM – Anwar

BUTTERWORTH: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berseloroh mengatakan Pengerusi parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad tentunya akan ‘demam’ jika beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun mendoakan kesihatan Dr Mahathir yang mengingati pemimpin itu pernah menjadi sekutu PH.

“Beliau (Dr Mahathir) menjadi orang pertama yang akan ‘demam’ kalau saya mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri pada 20 November nanti.

“Bagaimanapun, saya tetap mendoakan beliau sentiasa sihat,” katanya seperti dilaporkan BH Online pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Mega Harapan Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar turut menyatakan beliau sudah banyak bersabar dengan sikap Dr Mahathir yang dilihat terus mencampuri urusannya.

“Paling terbaru beliau (Dr Mahathir) tidak menyokong PH kerana kata kita bekerjasama dengan Zahid (Presiden UMNO).

“Bila saya berbincang dengan Zahid? Bila saya cakap begitu (pakatan antara PH dan UMNO)? Jika ada mana buktinya?

“Saya telah banyak bersabar dengan beliau (Dr Mahathir) tetapi sekarang beliau mengatakan bahawa beliau tidak menyokong PH kerana kita bekerjasama dengan Zahid,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor