HomeBeritaViralSanggup cat muka biru putih, pegang 'blender', demi impian berfoto dengan Messi

Sanggup cat muka biru putih, pegang ‘blender’, demi impian berfoto dengan Messi

MUSIM Piala Dunia Qatar bakal melabuhkan tirainya pada hujung minggu ini dengan menyaksikan perlawanan antara pasukan Argentina menentang Perancis bagi merebut gelaran juara.

Dalam menanti detik perlawanan itu berlangsung, rata-rata peminat bola sepak dilihat aktif berbicara tentang perlawanan pasukan kegemaran mereka.

Pada masa sama, ada juga yang menghiburkan warga netizen apabila memuat naik pelbagai aneka meme dan hiburan sarkastik yang berkait dengan Piala Dunia 2022.

Menjengah di grup Facebook ‘Edit Apa Hari Ini (EAHI), terdapat satu hantaran yang dimuat naik oleh salah seorang ahli grup tersebut menjadi perhatian warga maya.

Ahli grup EAHI, Zek Rollins, baru-baru ini memuat naik sekeping fotonya yang memakai jersi Argentina dengan muka yang penuh dicat warna biru putih melambangkan simbolik bendera Argentina sambil memegang bekas pengisar.

Dalam hantaran sama, Zek turut menulis kapsyen dengan nada meminta rakan-rakan yang berada dalam grup itu bantu menunaikan hasratnya bergambar seolah-olah bersama bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi.

Menjengah ruangan komen, kelihatan beberapa ahli grup yang tampil merealisasikan impian Zek namun dalam cara yang sempoi.

Malahan, ada yang ‘terlebih’ kreatif dalam berkarya menggunakan foto Zek itu hingga membuatkan warga maya yang melihat tidak kering gusi.

Berikut antara hasil karya yang dihasilkan berdasarkan permintaan Zek.

Ruangan komen juga dipenuhi komen-komen yang mencuit hati berkaitan dengan bekas pengisar yang dipegang oleh Zek untuk aksi bergambar bersama Messi itu.

Untuk makluman, grup EAHI merupakan sebuah komuniti yang mengumpulkan golongan mahir menyunting gambar serta memberi ruang kepada masyarakat untuk menyunting gambar mereka dengan gaya tersendiri.

 

Author

Pilihan Editor