HomeBeritaAnnuar terharu terima 10,000 keahlian baharu Muafakat Nasional

Annuar terharu terima 10,000 keahlian baharu Muafakat Nasional

CYBERJAYA: Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa menzahirkan rasa terharunya apabila keahlian baharu Muafakat Nasional sudah mencapai 10,000.

Annuar berkata dalam kenyataan di Facebook pada Isnin, beliau berasa bersemangat dengan keahlian baharu itu.

“Subhanallah, baru beberapa jam keahlian Muafakat Nasional dibuka, sudah lebih 10,000 permohonan keahlian diterima.

“Saya amat terharu betapa ramainya di luar sana anak bangsa yang prihatin terhadap agama, bangsa, dan negara serta cintakan muafakat.

“Tiba tiba saya merasa suatu kekuatan baharu untuk terus berjuang bersama mereka yang jujur dan ikhlas. Semoga Allah memudahkan segala urusan kita seterusnya,” katanya.

Untuk rekod, MN merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan Anwar di mana asalnya ialah parti kerjasama antara UMNO dan PAS yang dibentuk pada 2019 dan diaktifkan semula oleh beliau pada 25 November lalu.

Pada Ahad, Annuar mengumumkan bahawa permohonan untuk menyertai MN sebagai ahli baharu telah dibuka dan boleh dibuat secara dalam talian (online).

Menurut Annuar, permohonan itu sepatutnya dibuka minggu hadapan, namun dibuat lebih awal iaitu pada Sabtu melalui laman web rasmi MN atas permintaan ramai.

Berita berkaitan: Atas permintaan ramai, Annuar buka keahlian baharu untuk MN lebih awal

Author

Pilihan Editor