HomeSukanCium trofi 'World Cup', FIFA siasat Salt Bae

Cium trofi ‘World Cup’, FIFA siasat Salt Bae

SEORANG chef selebriti dari Turkey, Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce kini di bawah siasatan badan induk bola sepak dunia (FIFA).

FIFA kini sedang menyiasat bagaimana chef selebriti itu mendapat akses ke dalam padang.

Perkara itu berikutan tular beberapa gambar dan video menampakan Salt Bae yang bukan sahaja memegang trofi serta bergambar dengan beberapa pemain Argentina yang sedang meraikan kemenangan selepas tamat perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail malah merampas trofi Piala Dunia tersebut daripada pemain dan menciumnya tanpa rasa malu. 

FIFA mendapat kritikan yang sangat meluas sejurus tular gambar Salt Bae selepas penyampaian trofi itu. 

Sejurus kejadian itu, FIFA telah mengeluarkan kenyataan berkata, “Berikutan semakan, FIFA sedang melakukan siasatan bagaimana individu mendapat akses yang tidak sepatutnya ke padang selepas majlis penutupan di stadium Lusail pada 18 Disember.”

Sebelum ini, Salt Bae pernah berkongsi gambar di laman Instagram miliknya bersama Presiden FIFA, Gianni Infantino dan beberapa pemain legenda seperti Roberto Carlos dan Cafu.

Author

Pilihan Editor