MENJADI seorang penghantar makanan bukanlah suatu pekerjaan yang mudah kerana perlu berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan.
Tambah pula dengan aneka ragam para pelanggan yang membuatkan si rider geli hati atau mungkin seram sejuk.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang penghantar makanan menerima satu pesanan daripada pelanggan dan lokasi dinyatakan adalah kawasan perkuburan.
Pasti sebilangan antara kita akan memilih untuk menolak pesanan itu memandangkan waktu yang diperoleh pada waktu malam dan lokasinya terletak di tanah perkuburan Islam.
Bagaimanapun, video yang dikongsi Anwar Abdul Rahman menerusi aplikasi TikTok itu jelas menampilkan keberanian seorang pemuda yang sanggup menghantar makanan sampai ke ‘liang lahad’.
Keberanian abang rider itu nyata tidak sia-sia kerana pesanan yang diperolehinya sememangnya wujud dan dibuat oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai penggali kubur yang lapar sewaktu menjalankan tugas bersama beberapa rakan lain.
Video yang mendapat lebih 16,000 tanda suka itu memaparkan riak wajah rider berkenaan sebaik sahaja tiba di lokasi penghantaran dengan melihat beberapa orang di kawasan tanah kubur.
@anwarcaad13
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya menyatakan mereka pastinya akan menolak penghantaran makanan ke kawasan kubur kerana bimbang jika makhluk lain yang menempah.