HomeHiburanDatuk Siti Nurhaliza beli rumah di Dubai?

Datuk Siti Nurhaliza beli rumah di Dubai?

PENYANYI nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi bualan rakyat Malaysia apabila dipercayai membeli sebuah rumah yang terletak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Menerusi Instagram story, kelihatan Siti, 43, bersama dua orang anaknya sedang meninjau sebuah kondominium mewah dengan pemandangan yang menakjubkan.

Dalam video sama, Siti turut menzahirkan rasa syukur atas rezeki yang diperolehinya.

Sementara itu, anak Siti, Asyraf Khalid turut menzahirkan ucapan tahniah buat Siti atas pencapaiannya membeli rumah pertama di Dubai.

“Tahniah Mak Iti kerana memiliki rumah pertama di Dubai. Sangat gembira dan bangga melihat pencapaian kamu. Ia menjadi inspirasi buat saya dan Tya.

“Doakan satu hari nanti, Ap pun boleh ikut jejak langkah Mak Iti. Ap doakan Allah murahkan lagi rezeki ayah dan Mak Iti. Kamu benar-benar layak hasil semua kerja keras kamu selama ini.

“Harapnya selepas ini Ap ke Dubai, tak payah la sewa hotel dah,” tulisnya sambil berseloroh di Instagram.

Author

Pilihan Editor