HomeBeritaEmilia beritahu dicampak atas kaca buat saya takut, panik - Elisa

Emilia beritahu dicampak atas kaca buat saya takut, panik – Elisa

KUALA LUMPUR: Elisa Nani Hanafi memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia menangis, takut dan panik selepas kakaknya, Emilia memberitahu dia dicampak beberapa kali ke atas kaca oleh bekas suaminya, ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.

Berita berkaitan: Tidur paling lena, paling selamat dalam penjara – Emilia Hanafi

Elisa Nani adalah saksi pendakwaan keenam mengemukakan hujah itu menerusi pernyataan bertulis 52 fakta berkata, kejadian itu adalah  kedua terakhir kes penderaan daripada banyak insiden yang berlaku antara tahun 2011 hingga 2015 iaitu sepanjang empat tahun.

Elisa Nani berkata, Emilia memberitahunya menerusi aplikasi Whatsapp bahawa kejadian berlaku pada Oktober 2015, Emilia memberitahu dia dipukul secara fizikal oleh Faisal.

“Emilia berkongsi imej foto lebam di paha dan kesan di lengan menerusi Whatsapp, ia berlaku pada Oktober 2015.

Berita berkaitan: Tidur paling lena, paling selamat dalam penjara – Emilia Hanafi

“Bagaimanapun, dia tidak mahu beritahu sesiapa mengenai penderaan mental, emosi dan dan fizikal meminta saya menyimpan rahsia ini.

“Ketika itu dia (Emilia) sedang menghidangkan makanan sihat kepada SM Faisal kerana sedar suaminya sedang ‘diet’ tetapi pinggan beserta makanan itu dibaling ke lantai sebelum pecah berkecai.

“Kejadian berlaku di hadapan ketiga-tiga anaknya yang sedang menikmati makan malam bersama.

“He also campak her to the floor multiple times (SM Faisal campak Emilia ke lantai beberapa kali), di mana Emilia dicampak ke pecahan kaca pinggan, selain mengoyakkan kad hari jadi dan mengunci Emilia daripada keluar daripada bilik yang terletak di tingkat tiga rumah,” katanya.

Berita berkaitan: Tidur paling lena, paling selamat dalam penjara – Emilia Hanafi

Elisa Nani berkata, dua hari kemudian, dia tidak menerima sebarang berita mengenai Emilia menyebabkannya panik dan menangis kerana bimbangkan keselamatan diri kakaknya sama ada masih hidup atau mati.

“Insiden ini diketahui ibu mentua Emilia iaitu Puan Sri Zaleha Ismail yang kemudiannya mencadangkan menantunya itu membuat laporan polis terhadap anaknya namun Emilia tidak lakukannya kerana mahu menjaga nama dan maruah keluarga Naza.

“Sejak kejadian itu, Puan Sri Zaleha dan saya berkomunikasi dengan Emilia dan anak-anak hampir setiap masa setiap hari kerana Puan Sri Zaleha bimbang dengan penderaan terhadap Emilia.

Berita berkaitan: Tidur paling lena, paling selamat dalam penjara – Emilia Hanafi

“Kejadian penderaan fizikal terakhir Emilia berlaku pada 22 November 2015 iaitu pada  majlis ulang tahun kelahiran anak Nadia Nasimuddin iaitu adik perempuan kepada Faisal.

“Emilia memaklumkan kepada saya bahawa mereka akan hadir ke majlis tersebut sekeluarga.

“Emilia memberitahu saya Puan Sri Zaleha ada di rumah Emilia ketika anaknya memukul kakak saya. Emilia dipukul sekali lagi selepas Puan Sri Zaleha beredar dari lokasi kejadian menuju ke majlis itu.

Berita berkaitan: Tidur paling lena, paling selamat dalam penjara – Emilia Hanafi

“Pada 22 November 2015, saya terima panggilan dari Emilia yang meminta saya hubungi polis di talian kecemasan 911 untuk ke rumahnya secepat mungkin.

“Saya dan polis tiba di rumah Bukit Serene Kiara pada jam 4.31 petang hari berkenaan dan nampak lebam Emilia, anak-anak dalam ketakutan dan menangis.

“Saya lihat tiada lebam pada Orang Kena Tuduh (OKT) dan OKT tidak berada dalam keadaan kesakitan. OKT jemput saya dan polis jemput masuk rumah,” katanya.

Berita berkaitan: Tidur paling lena, paling selamat dalam penjara – Emilia Hanafi

SM Faisal selaku orang kena tuduh (OKT) hadir memakai kemeja dan seluar jeans diwakili peguam belanya, Datuk Akberdin Abdul Kader dan penjaminnya iaitu pemandu peribadinya.

Manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin dan Zahida Zakaria.

Emilia turut hadir diwakili peguam pemerhati dari Tetuan Nazri Yahya & Co iaitu Muhammad Nurkhadzim Ahmad Sharibi serta wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gulab Jan Fazal Eladi.

SM Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 November 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nadia Othman bersambung 5 Januari 2023.

Berita berkaitan: Tidur paling lena, paling selamat dalam penjara – Emilia Hanafi

Author

Pilihan Editor