HomeMV+EksklusifHapus stigma 'gila', semua ada isu kesihatan mental - Dr Asmah

Hapus stigma ‘gila’, semua ada isu kesihatan mental – Dr Asmah

KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan mental daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Program Mental Health mahu masyarakat Malaysia menghapuskan stigma ‘gila’ terhadap seseorang yang mengalami penyakit masalah mental.

Pengasas program Kesihatan Mental Wellness Hollistic dan pejuang program program isu kesihatan mental di Malaysia, Dr Asmah Mohd Razalli berkata, ia berikutan hampir semua manusia berdepan isu kesihatan mental cuma sejauh mana serius dan bagaimana mereka menanganinya yang menjadi ukuran.

“Sebagai contoh stres adalah salah satu isu kesihatan mental, takkan kita nak ‘cop’ kata gila, lebih teruk dilabel gila isim.

“Mereka mungkin ‘stres’ untuk beberapa ketika sahaja, apabila mereka temui penyelesaiannya stres itu hilang dan mereka kembali normal.

“Begitu juga isu depresi, ‘meroyan’ selepas bersalin dan lain-lain yang dikategori sebagai isu kesihatan mental, bersifat sementara ada cara membantunya.

“Malaysia masih lagi ketinggalan dalam menyedari kepentingan kesihatan mental berbanding di negara maju seperti Amerika Syarikat.

“Apabila menyebut mengenai masalah kesihatan mental, ia seolah menjadi perkara yang menjadi pantang larang untuk dibincangkan, ada yang malu nak akui berdepan masalah ini kerana stigma gila.

“Lebih malang lagi, perkara itu menjadi cabaran kepada pesakit dan pakar kesihatan mental untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan baik, ” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Tambah Dr Asmah, pogram kesihatan mental masih belum cukup diterima masyarakat negara, masih tabu (pantang larang). Orang akan melabel individu itu gila jika dapat sahaja surat rujuk hospital.

‘Merujuk kepada isu DID (Dissociative Identity Disorder) yang didedahkan MEDIA VARIASI iaitu bertukar kepada personaliti lain secara frekuensi pula, ini masalah berkaitan trauma masa lalu, amat juga membimbangkan kerana ia berkaitan. Berdasarkan kajian statistik di barat, yang saya dapati, lebih 100,000 orang menghadapi tekanan jiwa,” katanya.

Belle yang bertukar personaliti secara frekuensi menjadi lelaki

Beliau yang juga doktor perubatan lulusan Ijazah Perubatan Doctor of Medicine dari UCSI University itu mengulas mengenai laporan khas MEDIA VARIASI mengenai DID yang dipercayai menjadi salah satu penyakit berkaitan trauma dan masalah mental.

Dr Asmah yang juga seorang pakar motivasi dan perunding kesihatan serta kecergasan itu berkata, perkara utama yang perlu diperhatikan oleh setiap individu yang cenderung menghadapi masalah kesihatan mental adalah sama ada tidak boleh bekerja dan tidak boleh menyumbang kepada masyarakat.

“Maksud kesihatan mental seperti sihat tubuh badan, boleh menjalankan tanggungjawab sebagai individu, itu kita sihat.

“Tidak boleh bekerja dan tidak boleh menyumbang kepada masyarakat itu adalah kata kunci kesihatan mental yang perlu diperhatikan.

“Kita sebagai keluarga atau sahabat, juga jangan mudah melabel gila. Pada kita, mungkin masalah mental itu biasa, tapi pada yang menanggungnya, amat berat, malah boleh bunuh diri,” katanya.

Beliau juga menjelaskan, orang sekeliling boleh mengesan individu yang mengalami tekanan jiwa dengan melihat kekerapan tingkah laku yang hampir sama selama tempoh 14 hari berturut-turut.

“Jika ada ahli keluarga ada masalah putus cinta, hilang kerja, gembira tiba-tiba sedih, tidak suka melakukan apa yang dia suka, tak mahu makan, bersedih selama 14 hari berturut-turut, kita perlu bawa jumpa pakar dan diagnos, untuk melalui beberapa peringkat saringan rawatan.

Oleh itu, beliau mencadangkan memulakan kempen ‘Jom Luah’ supaya sesiapa sahaja boleh meluahkan masalah atau isu masing-masing bagi tujuan membantu mereka untuk dibantu semula.

Katanya, masyarakat dalam negara dibimbangi kurang memahami konsep beradab secara keseluruhan, kerana ia boleh memakan diri semula.

“Kita sudah diajar dari kecil dengan adab sopan, contoh ada masalah suami isteri, kena diam, itu adab memakan diri.

“Orang barat, kalau ada masalah dia luahkan, secara tidak langsung dapat membantu yang bermasalah dan iktibar bagi mereka yang belum melaluinya.

“Tak salah nak meluahkan, cuma rakyat di Asia khususnya masyarakat Melayu sangat sopan tetapi ia akan dianggap lemah kerana tidak dapat melepaskan beban atau cerita terbuku di hati,” katanya.

Author

Pilihan Editor