BATANG KALI: Operasi hari ketiga mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya di sini, ditangguhkan berikutan hujan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Suffian Abdullah berkata, operasi SAR akan disambung semula pada 8 pagi esok, bergantung kepada keadaan cuaca.
“Operasi SAR sembilan lagi mangsa tanah runtuh ditangguhkan pada malam ini dan akan bersambung pada 8 pagi esok ekoran keadaan cuaca dari petang tadi hingga malam ini tidak mengizinkan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam ini.
Setakat ini, 24 mangsa disahkan meninggal dunia, 61 orang selamat dan sembilan masih hilang dalam insiden tanah runtuh tersebut. – BERNAMA