HomeGlobalIndia henti pengeluaran ubat batuk sebabkan kematian 18 kanak-kanak Uzbekistan

India henti pengeluaran ubat batuk sebabkan kematian 18 kanak-kanak Uzbekistan

INDIA: Kerajaan India menghentikan pengeluaran ubat batuk sebuah syarikat farmaseutikal negara itu susulan 18 kanak-kanak di Uzbekistan maut kerana ubat batuk itu.

Menteri Kesihatan India, Mansukh Madaviya berkata, pasukan penyiasat sedang memeriksa bangunan syarikat Marion Biotech iaitu pengeluar ubat batuk Dok-1 Max India di New Delhi.

Menurutnya, contoh ubat batuk itu sudah diambil dan dihantar ke makmal untuk dianalisis, serta tindakan selanjutnya akan dilakukan berdasarkan laporan pemeriksaan pakar.

Sementara itu, wakil sah Marion Biotech berkata, syarikat itu menyesali kematian tersebut dan telah menghentikan pengeluarannya.

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan Uzbekistan memaklumkan seramai 18 kanak-kanak meninggal dunia selepas meminum ubat batuk keluaran India itu

Ubat tersebut telah dicemari etilena glikol, sejenis bahan kimia bertoksik yang digunakan dalam penyediaan antibeku cecair brek, cat, pewarna, plastik, filem dan kosmetik.

Terdahulu, syarikat Marion Biotech juga berdepan siasatan sejak Oktober lalu apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengaitkan produknya yang menyebabkan kematian kanak-kanak di Afrika.

Author

Pilihan Editor