HomeBeritaJSPT Selangor tawar diskaun saman trafik sehingga 50 peratus

JSPT Selangor tawar diskaun saman trafik sehingga 50 peratus

CYBERJAYA: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor akan menawarkan diskaun sehingga 50 peratus kepada orang ramai yang ingin membayar saman tertunggak pada 21 hingga 22 Disember ini.

Menerusi kenyataan di media sosial, JSPT Selangor memaklumkan tawaran itu dibuat bersempena dengan Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor.

Menurut hantaran sama, diskaun sehingga 50 peratus akan ditawarkan bagi kesalahan trafik terpilih.

“Pembayaran saman boleh dilakukan di semua kaunter Trafik Daerah Kontinjen Selangor bermula jam 8 pagi hingga 4 petang,” maklum JSPT Selangor.

Pembayaran saman boleh dibuat pada dua hari berkenaan bermula pukul 8 pagi hingga 4 petang  di semua kaunter Trafik Daerah Kontinjen Selangor.

Author

Pilihan Editor