HomeGaya HidupKoleksi percutian RR Cruise pilihan selebriti tampil berbeza

Koleksi percutian RR Cruise pilihan selebriti tampil berbeza

MUSIM percutian belum berakhir, pasti ramai yang mahu bercuti dan bergaya di depan lensa buat kenang-kenangan pada masa akan datang.

Koleksi RR Cruise di bawah jenama fesyen terkenal Rizman Ruzaini buat tahun kedua sedia mencipta kenangan bersama peminat mereka dengan pelbagai rekaan terbaharu.

Apa yang menarik selebriti cantik dan terkenal seperti Puteri Sarah, Diana Danielle, Emma Maembong, Ruhainies memilih koleksi RR Cruise sebagai busana percutian mereka tahun ini.

Emma Maembong
Puteri Sarah

Pereka fesyen, Rizman Nordin berkata, untuk kali ini Pengarah Kreatif RR, Yana Baharudin menjadi tulang belakang utama dalam cetusan idea koleksi ini.

“Mengenengahkan warna-warna yang berani dan menyerlah, ternyata koleksi RR Cruise tahun ini bakal mencipta fenomena tersendiri.

“Menjadi satu kebiasaan apabila kita keluar bercuti terutamanya ke pulau atau pantai, kita mahu baju serta aksesori fesyen yang menarik selain selesa, di sinilah solusi yang diberi RR Cruise.

“Kami mahu peminat jenama RR menjadi trendsetter, muncul berbeza, berani dengan faktor wow dalam khalayak, kerana itu pemilihan warna dan rekaan segar menjadi keutamaan RR,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Rizman (kiri), Diana Danniele dan Ruzaini

Dalam pada itu, Ruzaini berkata, menjadi fokus utama mereka dalam menyediakan rekaan yang menarik dan mampu milik.

“Seperti yang kita tahu, RR adalah jenama fesyen dengan koleksi lengkap, iaitu bukan hanya ada pakaian tetapi turut dilengkapi aksesori fesyen lain termasuk tudung, beg tangan dan pelbagai lagi.

“Elemen inilah yang menjadi teras di RR, di samping menawarkan harga yang bagi saya berpatutan dengan apa yang kami tawarkan sebagai jenama fesyen lokal yang eksklusif,” tambahnya.

Masih mengekalkan jualan secara dalam talian sebagai medium utama pembelian produk RR, namun, jelas Rizman dengan pembukaan Butik RR Flagship Store di Four Seasons Place, Kuala Lumpur juga bakal merancakkan lagi jualan produk RR untuk pembelian secara langsung.

“Semua produk RR termasuk koleksi RR Cruise akan dijual melalui rizmanruzaini.my. Lebih mudah untuk mereka yang suka membeli-belah secara dalam talian.

“RR Flagship Store adalah jawapan kepada mereka yang lebih cenderung kepada butik fizikal,” katanya.

Author

Pilihan Editor