HomeHiburanKonsert Rock Hujung Benua Asia bakal gegar dalam air

Konsert Rock Hujung Benua Asia bakal gegar dalam air

SETAPAK: Penduduk Tanjung Piai di Johor benar-benar berbeza apabila berdepan dengan air naik.

Di sana ketika fenomena air pasang besar dan deras, mereka jadikan ia sebagai satu bentuk hiburan iaitu Pesta Air Pasang Besar Tanjung Piai.

Bagaimanapun ia telah dikenalpasti sebagai kawasan yang selamat untuk tujuan itu.

Sebagai langkah mempromosikan pesta berkenaan ibarat ‘serampang dua mata’ satu Konsert Amal Rock Hujung Benua Asia 2022 bakal berlangsung dengan mengetengahkan 30 lagu legenda Rock pada 24 Disember ini.

Penganjur dari syarikat AirDome Event Solution dikenali sebagai Zack berkata, konsert yang akan berlangsung di pekarangan tempat letak kereta Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian, Johor adalah kemuncak acara di dalam Pesta Air Pasang Besar Tanjung Piai 2022.

“Acara ini disokong oleh Kementerian Pelancongan melalui Tourism Malaysia di bawah inisiatif Pelan Pemulihan Pelancongan 2022, kami bersyukur ada sedikit dana diberi untuk tujuan ini.

“Konsert ini dihoskan oleh Persatuan Kebajikan Artis-artis Johor Bahru (The Legend) ini bertujuan untuk membantu ahli-ahli persatuan yang sudah tidak aktif berkarya sambil mengumpulkan artis-artis lama dan baru dalam satu konsert.

“Konsert ini juga adalah salah satu acara yang telah direncanakan untuk mempromosi Pesta Air Pasang Besar Tanjung Piai 2022, percutian selamat untuk keluarga di samping berhibur,” katanya pada sidang media di Restoran Oasis BBQ Garden, di sini.

10 artis legenda Rock bakal gegarkan Tanjung Piai pada 24 Disember ini

Tambahnya, seramai 10 orang artis yang terdiri daripada Man Kidal, Kumpulan Kristal, Bandi Amuk, Ayai Ilusi, Wom UG14, Pat Candy, Halim Rockers, Ucop Ahmad, Kumpulan O-Two dan Kumpulan DNA Band akan membuat persembahan pada malam konsert itu berlangsung.

Artis-artis ini akan menyampaikan lagu-lagu rock yang pernah dipopularkan oleh mereka dan artis-artis lain di bawah naungan persatuan sebagai tribute kepada
mereka.

Konsert ini akan diserikan dengan pertembungan petikan gitar antara Man Kidal, Rodi Kristal dan Pat Candy yang pastinya akan memukau para penonton.

Selain daripada persembahan nyanyian, para penonton juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang akan diadakan di sepanjang acara ini berlangsung.

Talian hotline konsert 016 3625 786 dan 016 2585 786.

Author

Pilihan Editor