HomeSukanMelaka FC perkenal logo bagi saingan Liga M3 2023

Melaka FC perkenal logo bagi saingan Liga M3 2023

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA), Datuk Wira Nur Azmi Ahmad pada November lalu telah mengumumkan sebuah pasukan baharu, Melaka Football Club (Melaka FC) akan bertanding dalam saingan Liga M3 pada musim 2023.

Pasukan ini akan mewakili identiti pasukan dari negeri yang penuh bersejarah itu.

Menerusi laman sosial rasmi pasukan itu, hari ini Melaka FC memperkenalkan logo baharu mereka yang mirip seakan-akan pasukan Manchester United.

Logo Melaka FC itu mengekalkan ciri pokok pada logo mereka yang mewakili pokok melaka dan berlatar belakang warna merah dan biru. 

sumber : MUSA

Namun, pasukan Melaka FC masih belum memperkenalkan barisan kejurulatihan dan pemain pasukan mereka untuk saingan Liga M3 2023 yang akan datang.

Presiden MAFA meletakkan sasaran pasukan itu untuk ke saingan Liga Super Malaysia pada tahun 2024.

Author

Pilihan Editor