HomeMV+PendapatMoslem Priest cetus kekeliruan awam, dikait anak PM ke-8

Moslem Priest cetus kekeliruan awam, dikait anak PM ke-8

DALAM kempen Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, laungan lagu tema gabungan itu seringkali berkumandang berulang kali menerusi aplikasi TikTok khususnya bahagian lirik iaitu, ‘mempertahankan kepimpinan ulama’.

Menerusi gabungan parti Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan Bersatu, perjuangan PN mengutamakan sebuah pentadbiran Islam dan Melayu.

Dengan kata lain, dengan modal tersebut, undian terhadap PN meningkat berlipat kali ganda sehingga berjaya kalahkan parti keramat, UMNO dan nyaris menyaingi Pakatan Harapan (PH) pada PRU15.

Saingan sengit itu nyata meletakkan PN di kedudukan hampir membentuk kerajaan di Malaysia.

Baru-baru ini, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur kerajaan supaya tidak menyekat aktiviti dakwah dan dijadikan sentimen politik meskipun berbeza ideologi.

Beliau menyelar tindakan pihak berwajib yang menyekat beberapa pendakwah daripada menyebarkan dakwah dan menafikan hak orang Islam untuk menimba ilmu di kawasan perhimpunan.

Sementara itu, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagaimanapun menjelaskan berhubung isu beberapa nama pengerusi kariah masjid dari PAS yang digugurkan semasa pemilihan calon jawatankuasa kariah penggal 2023 hingga 2025 kerana berlaku perlanggaran iaitu menjadikan masjid sebagai tempat menghasut rakyat dan menyebar politik kebencian.

Setelah isu itu reda, keadaan sekali lagi mengejutkan ramai pihak apabila anak lelaki Pengerusi PN itu yang dikenali sebagai Farhan, seorang deejay (DJ) dan produser muzik berpangkalan di Kuala Lumpur menggunakan gelaran ‘Moslem Priest’.

Untuk makluman, Moslem Priest amat dikenali dalam kalangan pemuzik genre muzik tarian elektronik (grime), techno, dan hip hop di kelab disko, dengan pemakaian tradisional Nusantara iaitu songkok dan sering berbaju hitam sebagai identiti diri.

Beberapa video tular di TikTok memaparkan anak pemimpin nombor satu PN itu sedang memegang mikrofon sambil menyanyi rap di sebuah kelab, dengan kapsyen ‘anak PM ke-8’.

Tangkap layar video TikTok yang tular di media sosial

Turut didedahkan satu video wawancara dengan Moslem Priest apabila dia ditanya nama popularnya yang mengelirukan, pada 2015.

“Ini berlaku sekitar tahun 2011. Pada suatu hari Ahad, saya memakai Rick shirt, blazer dan kemeja berwarna hitam pada suatu hari Ahad dan berada di Covent Garden (UK).

“Seorang lelaki dengan megafon datang kepada saya dan bertanya pasal songkok saya. Saya kata saya seorang Muslim. Kemudian, lelaki tersebut mengambil megafon tersebut dan menjerit ‘Hey semua! Kita ada di sini seorang paderi Muslim!’

“Kemudian saya berfikir, Ya Allah, ini idea yang sangat baik!

“Dalam internet ada juga forum berkenaan nama gelaran saya.

“Mereka marah dan tidak boleh menerima nama gelaran saya. Paderi Muslim. Ada juga yang mendakwa saya menghina songkok. Ya rabbiiii. Saya gelak je. jadi kecoh. Saya suka!”

Dalam wawancara itu juga, Moslem Priest menyatakan hasratnya yang bercita-cita membuka kelab malam suatu hari nanti.

Nama popularnya itu dianggap seolah mirip paderi Kristian oleh masyarakat dalam negara ini kerana kata nama paderi, sinonim dengan agama berkenaan.

Malah, songkok yang juga sinonim dengan masyarakat Islam Melayu turut disalah anggap kerana diguna pakai Moslem Priest setiap kali di kelab.

Bukan sahaja nama popular dan imej yang mengelirukan masyarakat Islam negara, tetapi  kepimpinan bapa kepada produser muzik itu turut dipersoalkan kerana didakwa seperti tidak selari dengan perjuangan dalam mempertahankan ‘kepimpinan ulama’ seperti yang dilaung-laungkan dalam lagu tema PN.

Persoalannya, adakah ini didikan kepimpinan ulama yang dibawa oleh PN, menggunakan nama Islam dan pemakaian Melayu tetapi berdansa di kelab disko?

*Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian MEDIA VARIASI

Author

Pilihan Editor