HomeGaya HidupLima faktor wanita wajib amalkan bijirin barli, 'part last' jarang diketahui!

Lima faktor wanita wajib amalkan bijirin barli, ‘part last’ jarang diketahui!

BARLI atau nama botaninya Hordeum Vulgarie merupakan salah satu bijirin yang banyak digunakan dalam pembuatan roti, minuman dan pelbagai hidangan lain.

Bijirin barli ini kaya dengan serat, vitamin dan galian yang memberi khasiat untuk kesihatan hidup kita.

Nak tahu apa yang menarik jika mengamalkan pemakanan atau minuman barli? Ikuti perkongsian seorang pengguna Facebook, Mastura Rashid berhubung khasiat barli.

Menurut Mastura, pengambilan barli dalam kehidupan sehariannya sudah diamalkan sejak dia kecil lagi menerusi pendedahan yang diberikan oleh ibunya.

Tambahnya lagi, dalam perubatan Cina, fungsi barli bagus untuk perut, limpa dan peparu.

1. Wanita mengandung
Minuman barli amat sesuai untuk wanita mengandung kerana dipercayai boleh mengatasi masalah kencing kotor.

Malahan, minuman barli juga sesuai dijadikan ‘alas perut’ bagi mereka yang mengalami morning sickness yang teruk sehingga tidak lalu makan dan minum.

“Waktu menyusu dan berpantang juga saya minum air barli. Minuman ni membantu saya dan si bayi tidur lebih lena tanpa berjaga kerap tengah malam. Alhamdulillah susu tak drop in fact khasiat barli pun baby boleh dapat melalui susu kita,” katanya.

2. Masalah keputihan

Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, anda boleh cuba amalkan minum air barli setiap hari di samping mengambil pemakanan yogurt dan buah-buahan citrus.

3. Demam
Jika anda mengalami demam, anda boleh cuba minuman barli yang dicampur sedikit perahan lemon bagi memastikan badan kembali bertenaga. Minuman ini turut sesuai untuk diberikan kepada anak-anak kecil.

4. Tanak nasi
Menurut Mastura, kakak iparnya yang berbangsa Korea suka menanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak sedemikian dipercayai mempunyai sifat anti-kanser. Caranya jika masak tiga pot beras, nisbahnya 2:1. iaitu dua pot beras, satu pot barli. Rendam dahulu barli untuk bagi lembut dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.

5. Merawat penyakit depresi
Bagi anda yang sedikit ‘moody‘ atau mengalami kemurungan, boleh cuba makan talbinah dari barli yang dimasak semalaman. Dalam perubatan Islam, talbinah berkhasiat untuk merawat kesedihan dan depresi, seperti yang Rasulullah SAW sarankan.

Talbinah ini juga sesuai diberi pada anak kecik seawal umur tujuh bulan. Bagi anak yang belum tumbuh gigi, disarankan beri talbinah kosong. Barli dikisar lumat dan dimasak dengan susu segar. Tak perlu letak apa-apa pemanis atau perisa.
Untuk orang yang ada depresi, darah tinggi dan kencing manis, jadikan talbinah makanan kesihatan. Kalau boleh amalkan setiap hari.

Cara buat talbinah:
– Campurkan tiga scoop sudu besar barli dengan dua cawan susu segar atau fullcream. Kisar hingga hancur dan masak dalam pot kecil dengan api perlahan.
Tak perlu tambah apa-apa pemanis, garam atau bahan penyedap. Tutup api apabila susu sudah mendidih. Hidangkan dengan kekacang, buah kering (kranberi, tin, kiwi, aprikot), pisang dan sedikit madu.

Contoh masakan talbinah                      Foto: FB Mastura Rashid

Berikut merupakan cara masak barli dengan mudah:

– Rendam barli semalaman atau dua jam sebelum masak untuk bagi lembut.

– Masak barli dengan air yang banyak, macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.

– Masak barli hingga pecah. Api perlahan. Selagi tak pecah, selagi itu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.

– Dah siap, tutup api. Ingat ya, jika anda mahu minum untuk kesihatan, elakkan minuman yang sedap iaitu gara-gara nak jadikan ‘manis’ dicampurkan air barli itu dengan gula. Kurang-kurangkanlah pengambilan gula!

Foto: FB Mastura Rashid

Selamat mencuba!

Author

Pilihan Editor