HomeHiburan'Lama tak bergambar bertujuh', Aeril Zafrel kasi ‘hint’ Wawa berbadan dua?

‘Lama tak bergambar bertujuh’, Aeril Zafrel kasi ‘hint’ Wawa berbadan dua?

CYBERJAYA: Tindakan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel memuat naik gambar dia sekeluarga menjadi perhatian warga maya apabila kapsyen pada foto berkenaan ‘tidak kena’.

Perkara itu menjadi bualan netizen kerana dalam paparan gambar hanya kelihatan enam orang iaitu Aeril, isterinya, Wawa Zainal serta anak mereka seramai empat orang.

Malahan, tindakan jejaka yang mendapat gelaran ‘Presiden TikTok Malaysia’ itu meletakkan kapsyen sedemikian turut membuatkan orang ramai beranggapan bahawa Wawa mungkin sedang berbadan dua.

Untuk rekod, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari mendirikan rumah tangga dengan Wawa pada 25 Februari 2012.

Author

Pilihan Editor