HomeGaya HidupPeka cuaca, lokasi percutian elak tragedi semasa bercuti - PMPM

Peka cuaca, lokasi percutian elak tragedi semasa bercuti – PMPM

CYBERJAYA: Sempena musim cuti sekolah, Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) menasihatkan rakyat Malaysia agar lebih berhati-hati dan peka memilih lokasi percutian.

Timbalan Presiden PMPM, Azlin Othman berkata kepada MEDIA VARIASI, ini adalah bagi mengelakkan sebarang tragedi yang berlaku semasa percutian.

Menurutnya, faktor cuaca juga adalah penting untuk diambil peduli ketika memilih lokasi percutian.

“Pesanan saya kepada rakyat Malaysia supaya peka kepada keadaan semasa cuaca supaya memilih lokasi percutian yang selamat dan tidak berisiko bagi mengelakkan sebarang tragedi yang berlaku semasa percutian,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Azlin dalam kenyataan sama turut berkongsikan tips memilih lokasi percutian yang selamat.

“Elakkan tempat percutian di sekitar lereng bukit, kawasan curam dan di dalam kawasan perhutanan terutama ketika musim hujan.

“Ini kerana sebarang kejadian yang tidak diingini mungkin berlaku seperti tanah runtuh tepian lereng dan juga faktor jalan licin ketika hujan dan terperangkap dalam kawasan hutan.

“Faktor lain seperti ombak besar juga harus dielakkan memilih percutian di kawasan tepian pantai,” jelasnya.

Author

Pilihan Editor